Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Michelle Yeoh Dipuji Ramai, Tampil Bertudung Hormati Istiadat Pengebumian Negara

ROSTAM, Mohamad Firdaus
16 Apr 2025, 05:28 PM

michelle yeoh dipuji ramai, tampil bertudung hormati istiadat pengebumian negaraFoto: Tangkap layar TikTok @sinar_my

Pelakon bertaraf antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh mencuri perhatian ramai apabila hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan mengenakan selendang putih yang menutup rambut dan berpakaian sopan di Masjid Negara, semalam.

Penampilan anggun dan penuh hormat Michelle disambut baik oleh orang ramai, terutamanya netizen tempatan yang memuji sikap sensitif dan penuh adab beliau terhadap majlis rasmi negara yang penuh istiadat dan nilai tradisi.

Michelle dilihat memakai baju berwarna hitam longgar lengkap dengan kaca mata hitam dan menyarung selendang putih ketika hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Walaupun bukan beragama Islam, Michelle menunjukkan contoh terbaik bagaimana menghormati majlis pengebumian rasmi dan sensitiviti agama. Hormat budaya, hormat negara," tulis seorang pengguna media sosial.

Kehadiran beliau di Masjid Negara turut disertai ramai pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan beberapa bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam suasana penuh sebak dan istiadat negara yang rapi, jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat Zohor, disaksikan ribuan rakyat serta pemimpin negara dan luar negara.

Menariknya, dalam suasana ini, tindakan Michelle Yeoh yang berpakaian sopan dan menutup aurat menjadi tumpuan dan dipuji sebagai contoh terbaik ‘public figure’ yang memahami nilai budaya dan protokol Malaysia.

“Dia tak perlu tunjuk dia Malaysia – tindakan dia tu sendiri dah cukup melambangkan Malaysia sebenar,” kata seorang netizen di TikTok.

Sikap Michelle Yeoh menjadi satu peringatan yang halus  bahawa penghormatan tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata, tetapi boleh dizahirkan melalui penampilan, bahasa tubuh, dan kepekaan terhadap nilai murni masyarakat setempat.

Sumber: Tiktok @sinar_my

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us