Pengarah dan pelakon, Majed Salleh telah kembali ke rahmatullah pada usia 65 pada Subuh pagi ini (6 Oktober) di Hospital Selayang.
Allahyarham telah mendapatkan rawatan akibat masalah jantung sejak dua minggu lalu.
Berita kematian disahkan oleh isteri Allahyarham, Nur Shida Mohd Zikir yang turut dikongsikan oleh adik iparnya Shiha Zikir di Instagram dengan memohon orang ramai untuk sedekahkan Al Fatihah kepada arwah.
"Abang ipar Shiha, Abdul Majed Mohd Saleh telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat almarhum, semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan tergolong bersama golongan beriman. Amin ya Allah” tulis Shiha Zikir melalui story instagram peribadi miliknya.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.