Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Usia Bukan Penghalang Untuk Menjadi Ibu, Luna Maya Bekukan Sel Telur Sejak 2021

IDRUS, Husna Najwa
06 May 2025, 10:21 AM

usia bukan penghalang untuk menjadi ibu, luna maya bekukan sel telur sejak 2021

Foto: Instagram 

Pelakon dan selebriti terkenal, Luna Maya, baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau telah menjalani prosedur pembekuan sel telur (egg freezing). Keputusan itu diambil sebelum usianya mencecah 40 tahun sebagai langkah persediaan untuk bergelar seorang ibu pada masa akan datang. 

Menurut Luna, usia bukanlah halangan untuk seorang wanita menjadi ibu. 

“Saya anggap ini sebagai langkah persediaan. Supaya telur saya masih muda walaupun nanti saya dah menopause,” ujarnya. Luna turut menyatakan bahawa beliau mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak merasa terbeban dengan usianya yang kini 41 tahun. 

Prosedur pembekuan sel telur, menurut Mayo Clinic, dilakukan dengan mengambil sel telur dari rahim wanita tanpa proses persenyawaan. Sel telur tersebut kemudiannya dibekukan dengan teknologi khas dan boleh disimpan selama bertahun-tahun. Apabila diperlukan, sel telur itu boleh dicairkan semula untuk disenyawakan dengan sperma di makmal. Embrio yang terhasil akan dipindahkan ke rahim wanita dengan harapan dapat berkembang menjadi janin. Prosedur ini lebih dikenali sebagai bayi tabung atau in vitro fertilization (IVF). 

Langkah yang diambil oleh Luna Maya ini memberi inspirasi kepada wanita lain untuk merancang masa depan keluarga dengan lebih bijak tanpa tekanan usia. 

usia bukan penghalang untuk menjadi ibu, luna maya bekukan sel telur sejak 2021

Foto: Instagram 

Dalam perkembangan lain, Luna Maya dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Maxime Bouttier pada 7 Mei 2025 di Ubud, Bali. Kisah cinta mereka bermula di set penggambaran, di mana mereka pernah bertemu walaupun ketika itu Maxime hanya memegang watak sebagai pelakon tambahan. Mereka kembali bertemu pada tahun 2022 dalam sebuah acara, dan sejak itu mula berhubung semula. Menariknya, rakan selebriti Nagita Slavina dikatakan menjadi pencetus pertemuan semula mereka kerana kedua-duanya masih bujang ketika itu. 

Dengan perancangan yang rapi dari segi kehidupan peribadi dan kesediaan untuk bergelar ibu, Luna Maya membuktikan bahawa wanita masa kini mampu membuat keputusan penting tentang tubuh dan masa depan mereka dengan yakin dan berpengetahuan. 

Sumber: X 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us