
(Gambar : Pinography)
Sumber: IG @liyanajasmay BHarian
Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk mengenakan hijab sepenuhnya, Liyana Jasmay mengambil keputusan tersebut semalam. Liyana ada memuat naik dua gambar terbarunya memakai tudung dalam satu sesi fotografi.
"Sudah lama saya berfikir untuk mengambil keputusan ini (bertudung). Tetapi hari ini, ia akhirnya terdetik di hati dan saya juga panjangkan hal ini kepada mama.
"Mama menyambut baik dan berkata, kalau hati bulat ingin berbuat begitu, maka teruskan.
"Suami juga memanjat kesyukuran atas keputusan ini," katanya ibu kepada dua orang anak itu.
"Memang dia sudah lama nak rakamkan gambar baharu saya. Hendak dijadikan cerita, hari ini juga hari pertama saya bertudung"
"Dia sendiri terkejut dan tumpang gembira," katanya yang bakal muncul dengan filem Bella & Jamie.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.