
Foto Hiasan
Seorang doktor dari China mencetuskan gelombang perbualan dan ketawa kecil di media sosial apabila mencadangkan satu ‘rawatan’ luar kotak untuk wanita yang kurang tenaga dan selalu murung, iaitu dengan melihat lelaki berotot. Ya, anda tak salah baca.
Dr. He Zhenye, pakar sakit puan dari Hospital Xiehe Shenzhen, tampil dalam satu video tular dengan nasihat yang mungkin membuatkan ramai wanita mengangguk sambil tersenyum.

Foto: Agensi
“Nak kurangkan stres? Jangan cari pasangan baru dulu. Cari lelaki sado dan tengok saja mereka”
Menurut Dr. He, wanita yang kekurangan qi (tenaga dalaman) dan darah sering rasa letih, pucat, murung, dan sukar tidur. Tetapi daripada memaksa diri untuk mencari cinta atau mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan, beliau syorkan pendekatan yang lebih ‘mesra mata’, iaitu dengan melihat visual lelaki berotot.
“Kurangkan bercinta, lebihkan tengok six-pack,” katanya bersahaja dalam video.
Tetapi mengapa? Kerana menurutnya, paparan visual yang menyenangkan boleh merangsang penghasilan dopamin , sejenis hormon yang membuatkan kita merasa ceria, gembira dan lebih tenang.
“Visual yang cantik mengaktifkan sistem ganjaran dalam otak. Kita pun jadi lebih bahagia,” jelas beliau. Dalam erti kata lain, terapi mata itu real, dan kini disokong pakar!

Foto Hiasan
Cadangan ini bukan saja buat netizen tersenyum, malah ada yang terus set wallpaper telefon kepada gambar atlet Olimpik dan ia mencetuskan gelombang sokongan. Seorang pengguna menulis,
“Ini betul-betul ‘self-care’. Saya nak failkan sebagai rawatan kesihatan mingguan!”
Bukan itu sahaja. Dalam satu lagi video, Dr. He juga menyarankan wanita untuk memakai lebih banyak barang kemas emas. Menurut perubatan tradisional China, emas dikatakan bagus untuk jantung dan limpa serta bonus, ia membuatkan kita rasa seperti seorang pahlawan wanita.
Dengan lebih 133,000 pengikut, Dr. He dikenali dengan gaya penyampaian yang bersahaja, kombinasi sains dan tradisi, serta nasihat yang kadang-kadang lebih sesuai untuk group WhatsApp golongan emak-emak, tetapi tetap berasaskan pengetahuan perubatan.
Walaupun kedengaran pelik bagi sesetengah orang, ramai wanita berpendapat, jika tengok lelaki sado boleh bantu mood dan kesihatan, mengapa tidak? Lagipun, ini terapi yang tak perlukan temujanji, tak sakit dan percuma.
Jadi kesimpulannya, nak hilangkan stres? Scroll Instagram atlet, bukan tonton drama sedih.
Sumber: Agensi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.