
Foto: Agensi
Kunjungan pertama pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Soo-hyuk ke Malaysia sememangnya meninggalkan kesan manis dalam kalangan peminat tempatan.
Ketibaan bintang itu pada 16 Julai lalu sempena acara Samsung Galaxy Unfolds bagi mempromosikan telefon pintar terbaharu, Galaxy Z Fold 7 dan Galaxy Z Flip 7, disambut meriah oleh para peminat yang tidak melepaskan peluang untuk melihat selebriti kesayangan mereka dari jarak dekat.
Meskipun dikerumuni ramai peminat, Lee Soo-hyuk tetap menunjukkan sikap profesional dan ramah, malah memberikan layanan mesra kepada mereka yang hadir. Aksinya yang santun dan sopan telah mencuri perhatian ramai serta meraih pujian menerusi pelbagai video yang tular di media sosial.
Rata-rata peminat menyifatkan Lee Soo-hyuk sebagai salah seorang selebriti Korea paling mesra dan rendah diri yang pernah menjejakkan kaki ke Malaysia.
Antara komen yang menarik perhatian termasuklah:
“Wajah nampak garang tapi sebenarnya mesra orangnya.”
“Mungkin selepas ini dia akan datang lagi kerana sambutan peminat di sini sangat luar biasa.”
“Dari banyak artis Korea yang pernah datang, dia paling menghormati peminat. Sopan dan sangat rendah diri.”
“Artis lain ada yang susah nak senyum, dia pula sentiasa tersenyum.”
“Lee Soo-hyuk memang popular di Malaysia. Peminat dia sangat ramai.”
Ternyata, kehadiran Lee Soo-hyuk bukan sahaja menceriakan peminat tempatan, malah memperkukuh kedudukannya sebagai antara figura popular Korea Selatan yang disenangi di rantau ini.
Sumber: X
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.