Bukan 2, bukan 3 tapi 5 konsert akan diadakan pada bulan Jun 2023 ini. Selain konsert luar negara, konsert tempatan juga akan diadakan seperti Showcase Jiwa Kacau 2023 di Malawati Indoor Stadium Shah Alam pada 17 Jun dan Konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota pada 11 Jun ini.

Selain itu, terdapat juga beberapa konsert penyanyi dari negara jiran iaitu Dmasiv, Andmesh dan Tiara Andini.

Konsert yang akan berlangsung dahulu adalah Konsert Dmasiv Live In Kuala Lumpur pada 3 Jun diikuti dengan Konsert Andmesh Live In Kuala Lumpur pada 4 Jun.

Pada akhir bulan Jun, 24 hari bulan, giliran Tiara Andini pula akan mengadakan Konsert Tiara Andini Live In Kuala Lumpur.
Jadi terus up to date bersama ERA dan dapat kan extra info serta tiket percuma bersama ERA!! KONSERT NOMBOR 1! HANYA DI RADIO NOMBOR 1!!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.