Beberapa minggu yang lalu, penyanyi dan juga bintang dari Indonesia, Rossa telah berkongsikan lagunya, 'Hati Yang Kau Sakiti' yang dinyanyikan dalam bahasa Korea di akaun media sosial yang berjudul ‘Sangcheo Badeun Maeum’.

Disebabkan itu, lagu ini telah perhatian dan minat orang ramai yang rata-ratanya memuji hasil karya berkenaan.
Malah, ia juga membuatkan lagu Sangcheo Badeun Maeum kini menjadi tular terutamanya dalam kalangan peminat lagu dari Korea, malah juga telah menjadi cover ramai selebriti YouTube.
Rossa sendiri menjelaskan bahawa semuanya bermula ketika dia hanya menghabiskan masa semasa kuarantin dan tidak pernah menduga bahawa lagu tersebut akan menjadi tular serta mendapat banyak respon yang baik dari
pendengar.
“Mengenai lagu ini, saya memanggil Ivan Alidiyan untuk membuat muzik sederhana menggunakan piano untuk saya, manakala untuk liriknya saya meminta seorang rakan di Seoul untuk menerjemahkan lagu Hati Yang Tersakiti ke dalam bahasa Korea.”
“Dan untuk memastikan liriknya betul, dia juga meminta rakannya yang berasal dari Korea untuk membantu ", kata Rossa.
Dia kemudian mengatakan bahawa idea itu muncul selepas menonton drama bersiri Korea popular, The World of Married, sepanjang tempoh kuarantin lepas.
“Jadi, semasa bermulanya minggu Work From Home, saya menonton banyak siri drama Korea. Satu daripadanya adalah The World of The Married, dan itu mengingatkan saya kepada lagu saya, Hati Yang Kau Sakiti.”, kata Rossa lagi.
Jom layan sekarang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.