berita hiburan era Sendu! Lagu Naim Daniel Duet Dengan Daiyan Trisha Buat Ramai Sedih Lagu bertajuk 'L.D.R' (Lockdown Relationship) ini benar-benar buat ramai tersentuh hati. Editor 10 Apr 2020, 06:45 PM Share Tweet Penyanyi muda, Naim Daniel adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Menerusi lagu 'Sumpah', nama penyanyi ini sudah pun menjadi sebutan ramai peminat.Jika anda mengikuti perkembangan penyanyi ini di laman Instagram, sudah pasti anda dapat melihat ada sahaja lagu dan juga parodi yang dikongsikan oleh Naim sepanjang PKP dilaksanakan.Namun apa yang mencuri perhatian adalah lagu yang dinyanyikan bersama Daiyan Trisha berjudul 'L.D.R' (Lockdown Relationship), benar-benar buat ramai tersentuh hati.Mana tidaknya, Naim menyatakan lagu berkenaan ditujukan kerana ia adalah hari 'sendu' buat diri yang merindui neneknya di Gombak. Biarpun mempunyai kenderaan, namun Naim akur dengan arahan PKP untuk terus berada di rumah.Lagu berkenaan turut membayangkan bagaimana jika dunia ini memang dan pupus dan hanya tinggal orang yang anda sayang. Dan, apa yang anda akan lakukan jika kalian terpisah dan mahu kembali bersama kelak? View this post on Instagram Hari ni merupakan hari sendu. Setelah merepek-repek lagu yang aku dah buat, it’s time to get serious (puih) dan kembali ke Naim yang memang Naim. Fun fact, aku baru lepas call nenek aku iaitu Puan Rokiah harini, dan aku menangis beb. Sebab rindu gila dia dekat Gombak sana sorang-sorang. While dekat sini aku tak boleh buat apa-apa. Ada kereta pun tak boleh nak keluar sebab kita kena patut dengan PKP. Sedih sumpah sedih. Lagu ni aku bayangkan what if dunia memang dah pupus dan hanya tinggal kau dengan orang yang kau sayang? Dan kalau korang berdua terpisah semasa kejadian itu. Apa yang korang akan lakukan asalkan korang berdua boleh bersama? Lagu ni aku nak minta korang tag orang yang korang sayang, yang jauh dari korang semua sekarang sebab PKP. Korang sampaikan rindu korang thru lagu ni. Jangan lupa untuk bagitahu diorang yang kau sayang diorang. Bagitahu sekarang. Supaya korang tak menyesal. Yes, thanks to you D, for participating in this project. Walaupun I terlupa hantar instrumental tapi gigih juga layan and sanggup korbankan masa untuk record malam-malam buta and make it happen. Thank you sebab sangat-sangat faham my “it is what it is” punya direction for this direction. You’re simply the best @daiyantrisha xA post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on Apr 9, 2020 at 5:40am PDTRata-rata yang mendengarkan video lagu baru Naim Daniel ini tersentuh hati dan memuji lagu tersebut.Sumber: Instagram Naim Daniel Share Tweet Filled Under : trending info era *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.