Penyanyi, Dalia Farhana menafi dakwaan mengatakan lagu Langit Yang Sama nyanyiannya ditujukan kepada pihak tertentu atau mempunyai kaitan dengan sesiapa.
Tambah Dalia, lagu ciptaannya itu juga bukan bertujuan menumpang populariti sesiapa, namun dikaitkan dengan pempengaruh media sosial yang juga kekasih kepada seorang penyanyi dek sebab situasi sedang panas ketika itu.

“Saya tidak menggunakan nama sesiapa untuk promosikan lagu Langit Yang Sama. Mungkin ketika lagu berkenaan dilancarkan, kebetulan pula sama dengan situasi ketika itu. Saya rasa itu ‘timing’. Jelas Dalia
Kata Dalia, beliau sudah lama mencipta lagu ini dan lagu ini diinspirasikan oleh Bulan.
Terdahulu, single nyanyian Dalia itu menjadi kontroversi dan bualan netizen apabila didakwa lagu Langit Yang Sama itu ditujukan kepada influencer, Ubai dan penyanyi, Shila Amzah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.