Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

KPM Siasat Tindakan Sekumpulan Guru Herdik Murid di Khalayak Ramai

ROSTAM, Mohamad Firdaus
26 May 2025, 03:33 PM

kpm siasat tindakan sekumpulan guru herdik murid di khalayak ramaiFoto: Kosmo

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan siasatan berhubung sebuah video tular yang memaparkan tindakan sekumpulan guru memarahi seorang murid secara beramai-ramai di hadapan umum, dipercayai berlaku di sebuah sekolah.

Memetik laporan Kosmo, perkara itu diberitahu dan disahkan sendiri oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau memaklumkan bahawa dirinya telah mengarahkan Ketua Pengarah Pendidikan untuk menyiasat insiden itu secara menyeluruh, termasuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran etika.

Menurutnya, sebarang pendekatan terhadap murid perlu dilaksanakan dengan penuh hikmah dan berlandaskan garis panduan yang ditetapkan, tanpa menjatuhkan maruah pelajar di hadapan orang ramai.

“Tindakan seperti ini bukan sahaja boleh mencetuskan tekanan emosi kepada murid, tetapi juga memberi imej negatif kepada institusi pendidikan. Kita tidak mahu ada murid yang trauma atau rasa terhina akibat cara teguran yang tidak sesuai,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para pendidik supaya berhati-hati dalam menggunakan media sosial. Perkongsian tidak wajar, terutamanya yang menyentuh soal disiplin pelajar, boleh mencetuskan salah faham dan mencemarkan reputasi sekolah.

Fadhlina menegaskan bahawa KPM komited memastikan suasana persekolahan yang selamat, beretika dan menyokong pembangunan sahsiah murid secara menyeluruh. Justeru, pendekatan yang membina dan berhemah harus menjadi keutamaan dalam menangani isu pelanggaran disiplin di sekolah.

Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian itu digalakkan tampil membantu siasatan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan langkah pencegahan diambil agar insiden sama tidak berulang.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us