Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Kim Seri Nak Kahwin, Netizen Persoalkan Refund

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 Apr 2025, 04:42 PM

kim seri nak kahwin, netizen persoalkan refundFoto: Instagram


Walaupun sedang hangat berkongsi berita gembira tentang bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki mualaf dari Korea, TikToker kontroversi Kim Seri terus menerima tekanan hebat daripada netizen yang menuntut agar isu bayaran tertunggak diselesaikan terlebih dahulu.

Kim Seri sebelum ini mengumumkan bakal berkahwin tidak lama lagi bersama pasangannya, Choi Amin, seorang warga Korea yang memeluk Islam.

Pasangan itu dikatakan telah mencuba pakaian pengantin dan merancang majlis secara ringkas mengikut adat perkahwinan Korea.

Namun di sebalik kisah cinta dan persiapan majlis, ramai netizen tampil mempersoalkan keutamaannya, memandangkan isu pembayaran balik wang pelanggan yang menggunakan servis pelancongan kendaliannya masih belum diselesaikan.

“Nak kahwin boleh je… tapi hak orang jangan buat-buat lupa,” tulis seorang pengguna di ruangan komen.

“Tak malu ke upload pasal baju kahwin tapi hutang customer senyap?” – tulis yang lain.

Menurut laporan terdahulu, beberapa pelanggan mendakwa masih belum menerima semula wang mereka selepas trip ke Korea yang dijanjikan dibatalkan.

kim seri nak kahwin, netizen persoalkan refund

Foto: Instagram

Malah, ada yang mendakwa Kim Seri telah keluar daripada kumpulan WhatsApp pelanggan serta menyekat akaun media sosial mereka, menjadikan komunikasi langsung hampir mustahil untuk terjadi.

Walaupun Kim Seri pernah menyatakan bahawa dia hanya memerlukan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan bayaran tersebut, ramai yang kecewa kerana sehingga kini masih tiada perkembangan jelas, apatah lagi tarikh bayaran yang dijanjikan iaitu 1 Februari telah lama berlalu.

“Bukan netizen iri hati tengok dia bahagia, tapi tanggungjawab kena selesaikan dulu. Itu duit orang, bukan kecil nilainya,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Setakat ini, tiada kenyataan baharu dari pihak Kim Seri berkaitan status bayaran tersebut. Namun, netizen terus mendesak agar isu ini tidak disorok di sebalik kisah cinta indah yang sedang dikongsikan.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us