berita hiburan era Fazley Akui Gerai Tepi Jalan Jauh Lebih Sedap Daripada Restoran “Banyak dah saya cuba di mana ada kalanya makanan mereka jauh lebih sedap daripada restoran-restoran hebat.”, ujarnya menerusi satu hantaran dilaman Instagram. Editor 27 Sep 2019, 08:48 AM Share Tweet Meskipun terkenal dengan kebolehan memasak, chef selebriti negara, Datuk Fazley Yaakob mengakui bahawa makanan yang dijual oleh peniaga tepi jalan ada kalanya jauh lebih sedap daripada yang dijual di restoran hebat.Menurut Fazley, walaupun ada segelintir pihak yang meragui tentang status kebersihan gerai tepi jalan ini, beliau tetap menghormati peniaga-peniaga ini kerana gigih menyediakan makanan yang sedap.“Walaupun ada segelintir pihak sering nyatakan jangan beli makanan di tepi jalan kerana biasanya ia kurang bersih. Tetapi saya tetap menghormati peniaga-peniaga gigih ini.“Banyak dah saya cuba di mana ada kalanya makanan mereka jauh lebih sedap daripada restoran-restoran hebat.”, ujarnya menerusi satu hantaran dilaman Instagram. View this post on Instagram Saya paling suka bila dapat singgah di gerai-gerai peniaga di tepi jalan setiap kali saya travel. Walaupun ada segelintir pihak sering nyatakan jangan beli makanan di tepi jalan kerana biasanya ia kurang bersih. Tetapi saya tetap menghormati peniaga-peniaga gigih ini. Banyak dah saya cuba di mana ada kalanya makanan mereka jauh lebih sedap daripada restoran-restoran hebat. Tak salah kan kalau kita menyokong dan menyuntik semangat buat usahawan dari komuniti kita ini. Jangan mudah memandang rendah terhadap sesiapa pun. Sama ada mereka meniaga nasi lemak di bawah pokok ataupun goreng pisang di tepi sungai. #kitapowerrr . Boleh cadangkan kepada saya di mana gerai-gerai yang enak? Saya akan ke Johor (Kota Tinggi, Segamat) pula pada hari Jumaat dan Sabtu ini.A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on Sep 24, 2019 at 7:54pm PDTMenjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat beliau dan turut mencadangkan beberapa kedai makan yang menarik ditempat mereka. Share Tweet Filled Under : trending info era gmmj fazley datofazley *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.