Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Pelakon Korea, Kang Seo-ha Meninggal Dunia Akibat Kanser

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 Jul 2025, 03:59 PM

pelakon korea, kang seo-ha meninggal dunia akibat kanserFoto: Soompi

Industri hiburan Korea Selatan sekali lagi dikejutkan dengan berita duka apabila pelakon Kang Seo-ha dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit kanser yang dihidapinya secara senyap.

Mendiang yang berusia 31 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas berjuang dengan penyakit kronik yang tidak didedahkan kepada umum sepanjang hayatnya. Walaupun bergelut dengan kesakitan, Kang Seo-ha dilaporkan masih aktif menjalani penggambaran sehingga ke akhir hayatnya.

Menurut kenyataan ahli keluarga, upacara penghormatan terakhir akan diadakan pada 16 Julai di Dewan Pengebumian Hospital St. Mary’s, Seoul, sebelum mendiang dikebumikan di kampung halamannya di Haman, Wilayah Gyeongsang Selatan.

Satu hantaran menyentuh hati turut dimuat naik ahli keluarga Kang Seo-ha melalui media sosial, menampilkan video montaj kenangan bersama mendiang.

Dalam kapsyen yang ditulis, terserlah rasa kehilangan dan kasih yang mendalam:

“Saya harap awak bebas daripada kesakitan dan dipenuhi kebahagiaan di sana. Awak akan sentiasa ada dalam hati saya. Saya amat rindukan awak dan saya sayang awak.”

Kang Seo-ha merupakan graduan dalam bidang seni persembahan dari Korea National University of Arts. Beliau mula mencipta nama dalam industri hiburan pada tahun 2012 melalui kemunculannya dalam muzik video Farther Away oleh kumpulan Brave Guys.

Sejak itu, beliau terus bergiat aktif dalam dunia lakonan dan pernah membintangi pelbagai drama popular seperti Schoolgirl Detectives, Assembly, Through the Waves, Flowers of the Prison, First Love Again dan Heart Surgeons.

Ketika hayatnya, Kang Seo-ha juga sedang menjalani penggambaran filem In The Net yang turut menampilkan pelakon terkenal seperti Kim Seon Ho dan Park Gyu Young. Karya terakhirnya bertajuk Mangnaein dijangka akan ditayangkan tidak lama lagi sebagai penghormatan kepada sumbangannya dalam industri seni.

Pemergian Kang Seo-ha bukan sahaja kehilangan besar kepada dunia hiburan Korea, malah turut menyentuh hati peminat yang menghargai bakat dan dedikasinya sebagai seorang anak seni.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us