Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Kanak-Kanak Lemas di Kolam Renang Meninggal Dunia Selepas 16 Jam Bertarung Nyawa

ROSTAM, Mohamad Firdaus
21 Jul 2025, 12:47 PM

kanak-kanak lemas di kolam renang meninggal dunia selepas 16 jam bertarung nyawa

Foto: Threads

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang sebelum ini dilaporkan lemas di sebuah kolam renang di rumah inap sebuah kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, Melaka, akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas hampir 16 jam bertarung nyawa.

Berita sedih itu dikongsikan oleh bapa kepada mangsa menerusi satu hantaran video di akaun TikTok miliknya pada sekitar jam 3.30 pagi. Dalam perkongsian tersebut, beliau meluahkan kesedihan dan memohon doa orang ramai agar urusan pengebumian dipermudahkan serta anak mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Doakan cahaya mata kami ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman. Allah lebih menyayanginya, mohon doa semua sahabat agar segala urusan kami dipermudahkan. Jika tiada sebarang halangan, jenazah akan dibawa pulang ke Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor untuk dikebumikan di sana,” tulisnya dalam kenyataan penuh emosi.

Insiden yang menyayat hati itu berlaku pada pagi semalam apabila kanak-kanak tersebut dipercayai lemas ketika berada di kolam renang penginapan bersama keluarganya. Menurut laporan awal MalaysiaGazette, kejadian tersebut menerima maklum balas segera daripada pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 9.45 pagi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zahery Mohd Zailani berkata, seramai lapan anggota bersama tiga jentera termasuk van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati seorang kanak-kanak lelaki Melayu berusia tujuh tahun telah dikeluarkan dari kolam renang oleh orang awam. Mangsa ketika itu tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pasukan bomba segera memberikan bantuan pernafasan atau resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun usaha tersebut tidak berhasil. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka menggunakan ambulans dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) akibat keadaannya yang kritikal.

Namun, setelah bertarung nyawa selama hampir 16 jam, kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia. Insiden ini sekali lagi menjadi peringatan tentang pentingnya pengawasan rapi ketika kanak-kanak berada di kawasan berisiko seperti kolam renang, terutama dalam kalangan keluarga yang bercuti atau menginap di kediaman sementara.

Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us