Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Normalkah Perasaan ‘Kan Seronok Kalau Esok Masih Cuti’?

IDRUS, Husna Najwa
17 Jun 2025, 11:02 AM

normalkah perasaan ‘kan seronok kalau esok masih cuti’?

Foto: Public Health Malaysia

“Kan seronok kalau esok masih cuti?” perasaan itu sangat normal. Bukan kerana anda seorang yang malas, tetapi kerana anda benar-benar memerlukan lebih masa.

Anak-anak masih cuti sekolah, rumah riuh rendah dan tanggungjawab menanti. Namun esok anda tetap perlu masuk kerja kerana ada komitmen yang menunggu dan perlu diselesaikan.

Anda bukan seorang yang malas, anda hanya seorang manusia yang terpaksa membahagikan masa antara tanggungjawab dan merawat diri.

 Jangan salahkan diri sendiri dan merasakan anda tidak berguna kerana sebenarnya, anda hanya mahu lebih masa. Masa untuk diri sendiri menghela nafas lega dan mendapatkan kembali tenaga. Masa untuk keluarga, untuk berbual dan mengeratkan ikatan, untuk bermain bersama anak-anak. Tidak lupa juga masa untuk mengurut jiwa sendiri dan heningkan fikiran buat seketika.

Rasa letih dan penat itu bukan kelemahan, bukan juga bukti anda gagal. Itu manusia. Itu isyarat bahawa tubuh dan minda anda memerlukan penjagaan.

Tips Praktikal Agar Segar Kembali

1. Luangkan ‘minute break’

   Ambil 5–10 minit sendiri pada malam sebelum tidur atau awal pagi esok untuk tarik nafas, tenangkan fikiran, membaca atau berzikir.

2. Rancang slot ringkas untuk keluarga

   Misalnya, luangkan 30 minit bercerita dengan anak sebelum tidur atau makan tengah hari dan rancang aktiviti luar bersama jika cuaca dan masa mengizinkan.

3. Tetapkan niat ringkas & fokus utama

   Fikirkan satu atau dua perkara kecil yang benar-benar penting dan beri tumpuan pada itu.

4. Afirmasi positif setiap pagi

   Bisik pada diri,

“Saya manusia, bukan mesin. Saya akan cuba lakukan yang terbaik, dan saya dibenarkan letih.”

Perasaan “seronok kalau esok cuti lagi” bukan tanda anda lemah, tetapi tanda anda seorang yang peduli. Peduli pada keluarga, tugas dan kesejahteraan diri.

Izinkan diri anda untuk berehat seketika. Tarik nafas. Pujuk hati. Ingatlah bahawa meneruskan hidup dengan perlahan pun tidak bermakna gagal.

Jadi bila terasa berat dan minda memanggil untuk terus cuti, itu hanya tubuh dan jiwa beri isyarat bahawa ‘saya perlukan masa’. Perasaan itu seharusnya menjadi kekuatan untuk anda kembali seterusnya, bukannya alasan untuk berhenti.

Sumber: Public Health Malaysia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us