Mulai tahun 2021, semua murid sekolah rendah dan menengah dibenarkan untuk memilih sama ada memakai kasut berwana hitam atau putih serta stoking mengikut warna kasut yang dipakai.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu surat pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bertarikh 7 Disember 2020.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga menetapkan, kasut yang dipakai mestilah diperbuat daripada kanvas atau bahan sintetik lain seperti nylon dan polyester. Malah, stokin juga perlu mengikut warna kasut yang dipakai sama ada hitam sepenuhnya mahupun putih.


Sumber: Astro Radio News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.