Sindiket Macau Scam sejak akhir-akhir ini sering menjadi tajuk utama berita tempatan, susulan penangkapan beberapa individu yang menjadi dalang penipuan tersebut.

Modus operandi sindiket ini adalah dengan memperdaya mangsa kononnya menang cabutan bertuah, atau kononnya terlibat dalam kes jenayah, dan memaksa mangsa untuk memindahkan wang daripada satu akaun ke akaun lain, sebelum mangsa sedar bahawa ia adalah satu penipuan.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), setakat Januari sehingga Oktober 2020, sebanyak 5,218 kes dikesan melibatkan sindiket macau scam, dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM256 juta.
Mangsa paling ramai adalah daripada wanita, dengan lebih 3,000 kes dan kebanyakkan daripadanya berusia 51 tahun.

Bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada penipuan ini, anda dinasihatkan agar tidak melayan mana-mana panggilan tidak dikenali, dan jangan sesekali memindahkan wang ke mana-mana akaun jabatan kerajaan jika diminta. Ini adalah kerana, tidak pernah wujud mana-mana arahan yang membolehkan untuk orang awam memindahkan wang kepada mana-mana akaun kerajaan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan penipuan dalam talian, boleh salurkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di talian 03-2610159 atau 013-2111222. Jangan biarkan diri dan ahli keluarga anda daripada menjadi mangsa sindiket macau scam.
Sumber: Polis Diraja Malaysia / Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.