Jangan ingat lelaki sahaja mempunyai bulu roma lebat, wanita pun tak terkecuali. Ada wanita yang mempunyai bulu roma di tangan, kaki, bawah lengan, muka dan dada.
Malu? Tidak dinafikan. Iyalah, tidak ramai lelaki boleh terima wanita berbulu ni. Pendek kata wanita kalau berbulu boleh jadi kurang yakin, malu dan rendah diri. Topik tentang wanita berbulu ni pun agak sensitif dan jarang dibincangkan secara terbuka.
Jika lelaki berbulu (yang tidak terlalu lebat) dikatakan seksi, adakah wanita berbulu juga boleh masuk dalam kategori itu? Kami dapatkan pandangan beberapa lelaki tentang wanita berbulu, adakah wanita berbulu ini seksi atau mereka lebih memilih wanita flawless.

"Wanita berbulu? Suka! Wanita berbulu ni seksi terutama yang berbulu tangan halus dan panjang." – Jaa Suzuran

"Wanita berbulu terutama berkening lebat dan berbulu halus di tangan agak seksi. Saya tiada masalah. Lagipun saya tak rasa semua wanita sukakan kulit yang terlalu licin tanpa bulu-bulu halus, kan?" – Aaron Thum

"Saya tak suka wanita berbulu tetapi kalau girlfriend sendiri berbulu, saya tiada masalah... Nama pun sayang, saya terima seadanya. Tetapi lebih prefer jika dicukur." – Kyle Yap

"Jujurnya tak suka wanita berbulu lebat di kaki atau atas bibir (misai) tetapi saya tiada masalah jika berbulu di tangan... Murah rezeki katanya." – Irman Shah
"Saya tidak suka wanita berbulu tetapi kalau ada sedikit bulu di tangan apa salahnya. Nampak seksi tetapi bukan bulu di tempat-tempat lain!" – Syed Hazrin
Tidak kiralah anda berbulu atau tidak, yang penting anda perlu yakin dengan diri sendiri. Tetapi jika anda selesa dengan penampilan tanpa bulu, hanya cukur dan melangkahlah dengan yakin!
Anda boleh gunakan pisau cukur Gillette Venus untuk cukuran sempurna. Pisau cukur Venus berkepala bulat, dilengkapi dengan gel yang fleksibel menjadikannya sesuai untuk tubuh badan wanita. Alami kehalusan Venus. Dapatkan gaya terkini untuk kelancaran.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.