Baru-baru ini vlogger dari Taiwan terharu dengan sikap baik luar biasa orang Sabah yang membantu mereka dengan tayar pancit.

Menurut video yang dimuatnaik oleh “Zoebitalk 肉比頭,” mereka menjalankan misi menunggang motorsikal dari Sabah ke Brunei dengan jarak 450 kilometer.
Nasib malang menimpa apabila tayar motorsikal yang ditunggang mereka pancit. Tetapi penduduk kampung yang kebetulan lalu di situ dilihat serta-merta menolong, mengangkut ke dalam kereta & membawa mereka ke bengkel berdekatan.

"Kenapa mereka ingin membantu saya? Kenapa? Saya rasa mahu nangis!" Zoe tidak dapat menahan rasa kagum & terharu dengan sikap baik penduduk kampung tersebut.
"Mereka sudah memandu setengah jam, dan memandu setengah jam lagi untuk menghantar kami. Sekarang mereka perlu pulang lebih sejam untuk ke destinasi mereka. Saya betul betul terharu dengan sikap mereka."
Mereka menolak apabila dihulur wang sebagai tanda terima kasih. "Kami orang Malaysia, kamu adalah warga asing yang perlukan bantuan. Ingat saja saya dari kampung yang baik hati ini" balasnya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.