Bergambar sudah menjadi aktiviti wajib zaman sekarang ni. Dengan teknologi penuh canggih, kita hanya perlukan sebiji telefon pintar untuk merakam memori kita di sesuatu tempat dan perkara.
Ramai diantara kita menggunakan monopod untuk hasil gambar yang lebih cantik dengan latar belakang yang sempurna. Tapi berlainan pula dengan lelaki ni, dia melakukan perubahan dengan menggunakan mini helikopter untuk merakam dan tangkap gambar.
Hasilnya, dia berjaya mengambil gambar seorang diri beserta dengan latar belakang pemandangan yang luas. Ibarat ditangkap oleh orang lain walaupun dia hanya bersendirian.

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.