
Baru-baru ini sebuah video menjadi tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki tidak dapat menyebut ayat “In The Beginning” dengan betul. Bertambah lucu lagi apabila dia menyebut “In the beningging….in the beningging” sehingga membuatkan Netizen geli hati.
Video itu asalnya memaparkan seorang ahli politik bernama Jacob Zuma yang merupakan Presiden Afrika sejak dari tahun 2009.
Video asal telah dimuatnaik oleh @AcitJahat dan video itu telah mendapat komen dari Netizen yang meluahkan rasa kesal kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyunting video tersebut sehingga menjadi bahan gurauan Netizen.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.