
Dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak Sabah serta Sarawak seperti yang terkandung Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan kekal dan tidak berubah.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kerajaan mengekalkan dasar itu bagi mencapai usaha untuk merapatkan jurang antara kaum terutama melibatkan aspek sosio ekonomi.
“Laporan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 2024 oleh Kementerian Ekonomi menunjukkan masih wujud jurang ekonomi yang melibatkan bumiputera daripada segi purata pendapatan bulanan, pegangan ekuiti korporat, kadar kemiskinan, pengeluaran tenaga kerja mahir serta kelayakan profesional.
“Malah, kadar miskin mutlak dalam kalangan bumiputera masih memerlukan usaha secara berterusan untuk diperbaiki.
“Oleh demikian, pengekalan dasar UiTM untuk kaum Melayu, orang asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak ini masih diperlukan,” ujarnya di sidang Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) sama ada kerajaan bercadang membenarkan bukan bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.