Sudah menjadi trend masa kini melakukan aktiviti berbasikal, sama ada secara berkumpulan mahupun secara perseorangan.

Meskipun ia antara aktiviti yang menyihatkan tubuh badan, ada pihak yang tidak mengendahkan undang-undang jalanraya hingga menyusahkan pengguna jalanraya yang lain dan akhirnya mengakibatkan kemalangan.
Menurut laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), mana-mana individu yang melanggar peraturan jalanraya dengan menunggang basikal secara melulu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.
AWAS! MENUNGGANG BASIKAL SECARA BAHAYA DAN MELULU DI ATAS JALAN RAYA BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM5,000
Aktiviti berbasikal yang sepatutnya menjadi satu senaman menyihatkan boleh bertukar targedi, jika masyarakat mengabaikan dan melanggar peraturan jalan raya yang ditetapkan.
Menunggang basikal secara bahaya dan melulu di atas jalan raya adalah menjadi kesalahan dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.
Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan dan boleh juga didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

Justeru, anda dinasihatkan untuk berbasikal ditempat yang selamat seperti di taman ata trek yang disediakan.
Sumber : Polis Diraja Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.