
Sumber: Wanista
Bila terlalu banyak dan lama berjalan tanpa menggunakan selipar atau kasut memang kasut kita akan mudah merekah atau pecah. Tak kisah lah korang masih muda atau pun dah tua, kaki merekah tak kira umur korang. Selalunya bila dalam rumah kita tak pakai selipar, buat pula banyak kerja. Mesti kaki cepat merekah.
Apa nak buat ? Ada beberapa cara antaranya:
#1. Guna garam dan syampu
Nak pergi pedicure mungkin tak cukup bajet dan masa. Jadi, rendamkan kaki dalam air suam yang sudah dicampur garam dan syampu untuk 10 minit. Kemudian lap hingga kering dan sapu krim kaki.
#2. Minyak zaitun
Minyak zaitun memang banyak khasiat. Boleh sapu mintak zaitun pada kaki sebelum tidur dan pakai stokin. Jadi kulit lebih mudah meresap minyak tu.
#3. Pisang
Wah! Rupanya guna pisang boleh rawat kulit merekah eh? Caranya hancurkan sahaja pisang tersebut dan letak pada tumit yang merekah selama 15 ke 20 minit.
#4. Air ros dan glycerin
Campurkan air ros dan glycerin dalam mangkuk. Sapukan pada tumit anda setiap hari selama 15 hingga 20 minit dan bersihkan dengan air. Selepas sebulan, insyaAllah anda pasti akan lihat hasilnya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.