Sebuah arca tukul gergasi seberat 453 kilogram yang dibina tepi sebuah jalanraya di California, didapati telah hilang.

Kehilangan tukul gergasi berukuran enam meter panjang ini mendapat perhatian pihak polis Healdsburg yang menyatakan amat sukar bagi sesiapa untuk mencuri ukiran arca berkenaan memandangkan ia teramat besar dan berat.
Arca berkenaan dipinjamkan oleh Yayasan Ukiran Keluarga Voight untuk dipamerkan di hadapan pusat komuniti tersebut.

Sekurang-kurangnya sebuah treler dengan penarik diperlukan bagi mengangkat tukul berkenaan. Namun, tiada tanda-tanda kren atau treler ditemui berada dikawasan itu.
Sumber: USA Today
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.