Jika anda antara peminat filem bergenre seram, filem Annabelle: Comes Home ini antara filem yang anda perlu tonton.

Masih mengekalkan watak utama iaitu Ed dan Lorraine Warren, mereka nekad untuk ‘mengunci’ patung sumpahan Annabelle dalam muzium. Namun, ia tidak berakhir disitu kerana Annabelle masih berdendam dengan mereka.


Filem yang telah menayangkan trailer pertama mereka pada bulan Mac lalu, kini hadir dengan trailer kedua dan kali ini ia menunjukkan watak hantu yang baru, dikenali sebagai The Ferryman.


Siapa pula The Ferryman ini? Nantikan dipawagam pada 26 Jun 2019 nanti ok?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.