Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Dikatakan Sekuel Filem Thor Yang 'Thorbaik'. Inilah 5 Sebab Mengapa Anda Tidak Boleh Terlepas Menyaksikannya!

Sementara menanti Thor: Ragnarok di pawagam, ambil mood dan aura Thor dengan menyaksikan filem “Thor” dan “Thor: The Dark World”
Editor
17 Oct 2017, 12:51 PM

Filem solo ketiga Thor selepas Thor dan Thor: The Dark World bakal temui anda 26 Oktober ini. Para peminat tentunya teruja untuk melihat Thor beraksi. Dengarnya banyak kelainan kali ini! Kami senaraikan 5 sebab buat anda tak sabar untuk ke panggung!

 

 

#1 Wajah Baru

dikatakan sekuel filem thor yang

Kredit: marvel

Thor yang dikenali, superhero bertubuh kekar, berambut blond separas bahu, gentleman dan gagah kala beraksi dengan tukul Mjolnir miliknya. Berbeza dengan Thor: Ragnarok, Thor tampil dengan gaya baru berambut pendek dan beraksi tanpa Mjolnir yang dimusnahkan musuh barunya, Hela. Tanpa Mjolnir, Thor perlu segera pulang ke Asgard untuk menyekat Hela dan menghentikan Ragnarok daripada memusnahkan planet serta penduduk Asgard.

 

#2 Musuh Baru

dikatakan sekuel filem thor yang

Kredit: marvel

Wanita tidak selamanya lemah dan lelaki tidak sentiasa hebat. Sisi lemah dan saat kemuncak Thor dapat dilihat dalam filem terbaharu ini yang lebih realistik. Thor telah dikalahkan Hela, Mjolnirnya juga dimusnahkan Hela dengan mudah tanpa menggunakan sebarang senjata. Siapa Hela the Goddess of Death dan mengapa Thor dan Asgard menjadi sasarannya?

 

#3 Hulk

dikatakan sekuel filem thor yang

Kredit: marvel

Hulk hilang seketika selepas Avengers: Age of Ultron. Hulk dan Thor juga langsung tidak membantu rakan-rakan Avengersnya ketika saat genting beraksi dalam Captain America: Civil War. Akhirnya Thor: Ragnarok menghapuskan teka-teki kehilangan Hulk. Hulk dan Thor tidak berada di bumi. Dua superhero ini bertemu di gelanggang pertarungan ala gladiator dan lebih WOW Hulk bakal menentang Thor yang beraksi tanpa tukul Mjolnir!

 

#4 Team Thor

dikatakan sekuel filem thor yang

Kredit: marvel

Jika dilihat daripada komik Marvel, Hulk dan Thor akhirnya bergabung dan dengarnya Doctor Strange juga bakal menyertai 'team Thor' bersama-sama Valkyrie dan Loki untuk menghentikan kemaraan Hela.

 

#5 Barisan Pelakon

Sudah tentu anda bakal jatuh cinta dengan barisan pelakonnya yang hebat. Selain Chris Hemsworth dan Mark Ruffalo, Anthony Hopking, Cate Blanchet, Jeff Goldblum, Karl Urban, Idris Elba dan Tom Hiddleston adalah teraju filem ini.

Anda teruja menanti filem terbaharu Thor ini? Jom semarakkan semangat Thor dengan menonton tayangan filem Thor dan Thor: The Dark World. Ayuh meriahkan acara anjuran Petron 21 Oktober ini di rooftop Avenue K mulai 6.30 petang.

Selain tayangan filem Thor dan Thor: The Dark World dan makanan percuma, anda turut berpeluang memotong rambut gaya Thor di barbershop yang disediakan. Rasai juga pengalaman virtual reality dan mendapatkan cenderamata stok terhad Thor!

Anda juga boleh menyertai permainan spin-the-wheel untuk pendaftaran Petron Miles dan berpeluang memenangi tiket ke tayangan perdana Thor: Ragnarok.

Jangan lupa untuk mendengarkan ERA untuk mendapatkan tiket percuma anda!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us