Pernahkah anda menghantar kereta ke pusat servis dan mekanik mengatakan pada anda bahawa ada beberapa komponen lain juga perlu ditukar, sedangkan ia sebenarnya masih elok?

Bukan semua benda kia perlu tukar apabila menghantar kenderaan ke pusat servis. Boleh jadi pemilik bengkel sengaja mahu mengutip untung atas angin dengan mensarankan anda menukar komponen yang dinyatakan, sedangkan ia tidak perlu sama sekali.
Berikut adalah 12 tips yang mungkin anda boleh ikut apabila menghantar kereta untuk di servis:
1. Minyak gear - untuk gearbox manual, tukarlah minyak gear setiap 60,000 km.
2. Fuel filter - tukar dalam 40,000 km sekali. Murah je benda ni dalam RM15 - RM20.
3. Oil filter - bila tukar minyak hitam, filter pun kena tukar sekali.
4. Penyejuk radiator - boleh tukar setiap 60,000 km. Satu botol dalam RM15 ke RM20, selalunya warna hijau.
5. Timing belt - ikut pada jenis kereta, pastikan korang tahu jenis timing belt kereta korang.
6. Spark plug - boleh pakai sampai 30,000 km, elakkan lebih 40,000, takut electrode dah nipis.
7. Pam air - tukar setiap kali kedua tukar timing belt, Contoh, tukar timing belt setiap 80,000 km, tukar water pump setiap 160,000 km, dan begitulah seterusnya.
8. Penapis udara - kena tukar setiap 20,000 km. Kalau korang tukar jenis K&N, tak payah tukar just bersihkan je dah memadai.
9. Minyak hitam - ada dua jenis, sintetik atau bukan sintetik. Kalau sintetik, tukar setiap 10,000 km, bukan sintetik pula 5,000km atau 3 bulan ikut mana datang dulu.
10. Cluth plate - biasanya tukar bila berlaku clutch slipping. Sampai 100,000 km baru tukar clutch.
11. Power steering fluid - ganti baru setiap 60,000 km.
12. Minyak Auto (Auto Transmission Fluid) - tukar tak lebih 30,000 km. Kalau tak tukar, rosak gearbox auto nanti.
13. Bateri kereta - bergantung pada jenis, ada yang sampai 18 bulan hingga 2 tahun, bergantung pada cara penggunaan.
14. Cecair brake - ganti baru setiap 60,000 km.
Ada beberapa komponen diatas yang anda boleh lakukan sendiri, namun jika kurang pasti mengenai cara penukarannya, sila serahkan pada yang lebih mahir.
Sumber: Maskulin / MauKerja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.