Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Boleh Ke Tidur Dalam Kereta Yang Enjin Hidup? Bahaya Tak?

Jika anda suka tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan, baca fakta ini!
Editor
13 Oct 2018, 08:00 AM

Semalam viral kisah dua remaja lelaki yang ditemui mati dalam kereta di Kinabatangan. Keduanya tiada sebarang kecederaan dilaporkan cuma mereka tidur di dalam kereta dengan enjin yang masih hidup.

boleh ke tidur dalam kereta yang enjin hidup? bahaya tak?

Kisah seperti ini boleh menimpa sesiapa jua. Iyalah, dalam perjalanan jauh atau ketika kita terlalu letih kita akan berhenti di mana-mana hentian rehat atau di mana-mana kawasan selamat untuk melepaskan lelah dan melelapkan mata.

Kebiasaaanya juga kita akan membiarkan enjin hidup agar penyaman udara dapat dihidupkan, siapa yang tahan duduk dalam kereta yang panas, kan? Nak dibiarkan tingkap terbuka luas risau keselamatan. Jika anda mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan, fakta ini perlu anda ambil berat:

1. Anda berisiko mati lemas ketika sedang tidur sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta atau kebocoran ekzos kereta.

2. Ini kerana, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.

3. Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).

4. Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.

5. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.

6. Jadi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Sebaiknya, elakkan tidur di dalam kereta. Jika perlu berehat semasa memandu jauh, keluar dari kereta dan carilah tempat yang sesuai.

Kredit: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us