Ekoran daripada penularan wabak COVID-19, Arab Saudi hari ini mengumumkan penggantungan solat tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah.

Pengumuman dibuat oleh Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman As-Sudais, menerusi Facebook rasmi kota suci, Haramain.
Menurutnya, hanya kakitangan masjid yang dibenarkan untuk mengadakan solat tarawih secara berjemaah dengan hanya 10 rakaat dan witir.

Selain itu, majlis berbuka puasa juga dibatalkan di kawasan masjid, sebaliknya bekal juadah berbuka akan diedarkan kepada penduduk disekitar Mekah dan Madinah.
Kenyataan itu juga menyebut iktikaf juga dibatalkan di kedua-dua masjid berkenaan, sementara ibadah umrah juga masih ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.
Sumber: Sinar Harian/ Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.