Buat mereka yang mengikuti siri Asia Got Talent 2017, nama The Sacred Riana pasti tidak asing lagi buat anda.
Marie Antoinette Riana, atau lebih dikenali sebagai The Sacred Riana, dari Indonesia merupakan seorang ahli silap mata, dan menjadikan David Copperfield sebagai idola.
Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Youtube, The Sacred Riana mempersembahkan sebuah persembahan unik apabila beliau menjemput juri, Jay Park ke atas pentas.


Riana pada mulanya meminta Jay Park untuk memikirkan satu perkara yang menakutkan beliau, dan di akhir persembahan itu, perkara yang menakutkan Jay Park turut tertulis dibawah papan.

The Sacred Riana juga telah dinobatkan sebagai juara Asia Got Talent 2017 dan membawa pulang USD 100 ribu dalam rancangan tersebut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.