Minions merupakan satu watak ciptaan Universal Pictures bersama Illumination dan mula menjadi kegemaran ramai sejak filem pertamanya pada tahun 2015.

Bakal tampil dengan filem Minions 2, atau dengan tajuknya Minions: The Rise of Gru, mereka akan kembali dipawagam pada 2 Julai 2021, berbanding tarikh asalnya pada 3 Julai 2020, namun terpaksa ditangguhkan ekoran daripada pandemik COVID-19.
Menerusi laman Twitter rasmi @Minions, satu sedutan klip berdurasi 45 saat daripada filem Minions 2 telah pun ditayangkan beberapa hari lalu, hingga mendapat lebih setengah juta tontonan.

Namun apa yang menarik tentang klip Minions 2 kali ini adalah apabila Minions menyebut perkataan dari bahasa Melayu iaitu ‘Nasi Goreng Kicap Manis’.
Difahamkan, penerbit Minions memilih untuk menggunakan pelbagai elemen bahasa dari seluruh dunia bagi menarik minat penonton untuk menonton filem ini.
Sumber: Twitter @Minions
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.