
Akhirnya selepas beberapa hari berlangsung, Sukan Komanwel dah pun melabuhkan tiranya. Dan pencapaian Malaysia agak baik dengan 7 pingat emas, 5 pingat perak dan 12 gangsa. Sekali gus meletakkan Malaysia di tangga ke 12 dengan kutipan keseluruhan 24 pingat.
Tapi, dalam banyak-banyak cerita kisah Lee Chong Wei yang paling menarik perhatian. Ini adalah penampilan terakhirnya di Sukan Komanwel sebelum bersara. Aksi yang dipamerkan sangat menakjubkan dan pinat emas merupakan hadiah paling bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.
Selepas selesai, temubual Lee Chong Wei bersama wartawan Astro Arena betul-betul membuatkan seluruh rakyat Malaysia sebak dan bangga. Terima kasih Lee Chong Wei!
Sumber: Astro Arena
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.