Telur ayam yang baru dibeli biasanya disimpan dalam peti sejuk. Tujuannya adalah untuk kekalkan ‘kesegaran’ telur dan mengelakkan daripada telur expired.

Mengikut artikel yang dipetik daripada Root of Science, kajian dari US menyatakan bahawa telur yang disimpan dalam peti sejuk boleh mengelakkan telur daripada terdedah kepada jangkitan bakteria Salmonella.

Berbeza dengan kajian di UK, telur yang disimpan dalam suhu bilik adalah suhu yang sesuai untuk menyimpan telur. Akan tetapi perlu di ingat bahawa suhu di sana sentiasa sejuk.
Telur yang dijual di pasaraya juga disimpan dalam suhu bilik, dan perlu diingat pasaraya mempunyai aircond untuk menstabilkan suhu.

Kesimpulannya, telur yang disimpan dalam peti sejuk mahupun dalam suhu bilik adalah tiada bezanya, dengan syarat telur yang disimpan dalam suhu bilik itu perlu dibasuh terlebih dahulu.
Serta, telur yang disimpan dalam peti sejuk perlu disimpan dalam bekas yang diletakkan pada bahagian dalam peti, bukannya pada pintu peti sejuk kerana suhu di pintu peti sejuk adalah turun naik, menyebabkan telur mudah rosak.
Sumber:
Root of Science
Eat By Date
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.