Sejak penularan wabak COVID-19 ini, ramai yang mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan kebersihan betul-betul terjaga. Ia termasuklah tindakan membasuh barangan dapur seperti sayur dan ikan dengan menggunakan sabun.

Timbul persoalan ramai, ''Adakah saya perlu disinfeksi semua barangan saya ketika balik ke rumah?"
Menurut portal Medical Mythbusters Malaysia, buat masa ini belum ada bukti makanan atau pembungkusan makanan yang dikaitkan dengan penularan wabak COVID-19.
Menurut CDC, koronavirus ini mempunyai daya ketahanan yang lemah pada permukaan, jadi risiko untuk penyebaran menerusi permukaan adalah rendah.

Meskipun begitu, adalah dinasihatkan agar membilas buah-buahan dan sayur-sayuran dengan air untuk menghilangkan kotoran, bendasing dan juga racun perosak.
Tidaklah perlu sampai mencuci makanan dengan sabun, cukup mencuci tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat bagi memusnahkan virus COVID-19 ini.
Berikut adalah tips kepada pengguna berkenaan cara menguruskan makanan yang telah dibeli dari pasar:
- Cuci tangan dahulu dengan sabun (20saat)
- Cuci sayuran dengan air yang mengalir.
- Kalau sayuran berdaun, rendamkan dalam besin yang mengandungi air beberapa minit kemudian bersih kan sayur tersebut menggunakan tangan anda. Buang air dalam besin itu dan ulangi sekali lagi langkah yang sama (buat 2x). Kemudian biarkan kering sebelum disimpan.
- Kalau ada bahagian sayuran yang rosak atau busuk, buangkan bahagian tersebut.
- Boleh guna kaedah scrub bagi sayuran or buah-buahan berkulit keras. Tapi tak perlu guna sabun yer. Bawah air yang mengalir sahaja.
- Boleh juga guna kaedah rendaman air panas buat sekitar (seminit dua). Redam yer, bukan rebus, rebus tu dah kira siap masak untuk dimakan.
◾Sekiranya anda bimbang tentang pembungkusan makanan, anda boleh membasuh tangan anda selepas mengendalikan pembungkusan yang dibawa balik daripada pasaraya, pasar awam atau kedai runcit.
◾Jika anda prihatin atau risau pula tentang makanan anda, anda boleh memasaknya pada suhu melebihi 65 darjah Celsius selama 3 minit, kerana amalan ini mengurangkan jumlah particles-virus dengan ketara.
Ingat, basuh tangan dengan air dan sabun sekurang-kurangnya 20 saat selepas balik dari pasaraya!
Sumber: Medical Mythbusters Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.