Teknologi semakin berkembang pesat dengan pelbagai ciptaan yang memudahkan kehidupan kita seharian.
Tetapi agak memeranjatkan apabila 10 daripada 12 syarikat air terkenal di United Kingdom masih menggunakan kaedah kuno bagi mencari punca mata air bawah tanah.

Kaedah yang menggunakan sebatang besi dan dawai tebal yang dibentuk segi empat dan bulat dihujung bawah, digunakan sejak berzaman lamanya bagi mengesan punca air bawah tanah.
Ada juga besi yang berbentuk L seperti ini;


Ada juga yang hanya menggunakan ranting kayu bagi mencari air dibawah tanah.



Masih tiada penerangan saintifik yang menjelaskan bagaimana cara ini berfungsi, tetapi syarikat gergasi di UK seperti Severn Trent, Wessex Water, Welsh Water, Scottish Water, South West Water, dan United Utilities masih menggunakan kaedah kuno ini berbanding dengan teknologi baru yang lebih moden.
Sumber: Oddity Central
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.