Semangat kesukanan dan persaingan yang tinggi bukan sahaja menebal di kalangan atlet tempatan tetapi tempias Sukan SEA turut dirasai seluruh lapisan masyarakat. Saat ini para atlet negara tentunya sedang giat berlatih, mempersiapkan diri memburu pingat untuk Malaysia.
Bercakap tentang kemenangan, apa agaknya 5 permainan yang memberi kemenangan mudah untuk Malaysia jika dipertandingkan di Sukan SEA atau acara sukan peringkat dunia? Sudah tentu permainan tradisional – yang cukup sebati dengan jiwa dan latihannya telah dimulakan sejak zaman kanak-kanak lagi.
Kami senaraikan permainan yang ‘cukup kacang’ dan boleh beri kemenangan mudah untuk Malaysia.
#1 Tarik Tali

Kredit: Shutterstock
Permainan yang mengumpulkan atlet terkuat negara yang mempunyai koordinasi tubuh di tahap optima dan mampu menyeimbangkan tubuh serta kuda-kuda pada tahap terbaik bagi menentang pasukan musuh yang tidak kurang handal. Latihan, strategi kemenangan serta stamina pemain perlu berada di tahap tertinggi supaya mampu memberikan saingan hebat kepada pasukan lawan.
#2 Galah Panjang

Kredit: YouTube Sahabat Upin dan Ipin
Tidak salah anda kami senaraikan galah panjang sebagai antara permainan yang layak dipertandingan di peringkat antarabangsa! Permainan ini menguji ketangkasan peserta di barisan serangan untuk melepasi halangan tanpa ditangkap oleh anggota pasukan pertahanan. Selain perlu pantas dan bijak mencari peluang, peserta perlu hebat merangka strategi permainan serta membaca strategi pihak lawan.
#3 Gasing

Kredit: Shutterstock
Bukan gasing kecil yang sering dimainkan kanak-kanak, gasing tradisional bersaiz besar dan diperbuat daripada kayu. Pembuatannya kukuh dan berat, memerlukan tenaga dan kekuatan tangan terutama ketika memutar tali di kepala gasing dan mengangkat gasing agar hayat pusing gasing lebih lama.
#4 Tarik Upih

Kredit: Shutterstock
Kuat dan pantas, dua kriteria utama yang diperlukan untuk memenangi permainan ini. Tarik upih bukan sahaja menguji kepantasan tetapi pada masa sama kekuatan seseorang individu menarik rakan sepasukan ke garisan penamat. Peralatan utama yang digunakan hanyalah pelepah pinang atau pisang yang tua. Berani tak?
#5 Lari Dalam Guni

Kredit: Shutterstock
Sama seperti permainan lain. Acara ini memerlukan strategi dan kekuatan kaki serta tangan. Peserta perlu cukup laju untuk berlari di dalam guni, pada masa sama pastikan guni tidak terlepas daripada tangan.
Selain 5 acara ini, tahukah anda ada 1 pertandingan yang cukup mudah untuk dimenangi? Pertandingan Digi Menang Bersama yang bermula dari 1 Ogos hingga 30 September 2017. Anda hanya perlu beli mana-mana produk internet seperti langganan internet atau daftar mana-mana pelan pascabayar Digi dengan pembelian minima RM1, dan jawab soalan mudah yang disertakan di aplikasi MyDigi.
Anda memperoleh 1 mata untuk setiap RM1 yang dibelanjakan. Semakin banyak anda berbelanja, semakin tinggi peluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik dengan jumlah keseluruhan RM5,000,000 berupa telefon pintar, drone dan bonus internet mingguan! #DigiMenangBersama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.