Sebelum ini telah tular beberapa gambar yang menunjukkan keadaan barangan di sebuah pusat membeli-belah yang rosak teruk gara-gara hampir dua bulan tidak beroperasi akibat wabak COVID-19.
Terbaru, sebuah laman Facebook Malaysia Atrium Sale telah berkongsi gambar sebuah panggung wayang yang menerima nasib yang sama apabila kerusi sofa mereka berkulapuk, mungkin kesan daripada penutupan operasi sepanjang penularan wabak ini.


Tidak dapat dipastikan lokasi panggung wayang tersebut, namun diharapkan agar kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan sebaik sahaja panggung wayang dibuka semula kepada orang awam nanti.


Semoga pekerja dan pihak pengurusan yang terbabit bersabar dalam menghadapi dugaan ini.
Sumber: Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.