Wuduk adalah perkara paling penting untuk menunaikan solat. Jika wuduk tidak sempurna maka keseluruhan solat tidak akan sah.
Pernah tak anda terfikir akan bagaimana status wuduk kita seandainya tersentuh dengan berjabat tangan orang bukan Islam?

Dalam hal itu, wuduk tidak terbatal jika berjabat tangan sesama jantina walaupun berlainan agama.
Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: "ALLAH tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah, ayat 8)
Tiada salahnya kita berbuat baik kepada orang bukan Islam yang baik kepada kita, malah ia sebenarnya dituntut dalam Islam.
Semoga perkongsian itu memberi manfaat kepada kita.
(Sumber: Portal Soal Jawab Agama, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Sinar Harian)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.