Ketika ramai sedang sibuk dengan pencegahan daripada wabak COVID-19, ramai juga yang terlupa dengan wabak membahaya yang sudah melanda kita selama ini, iaitu denggi.

Demam denggi adalah disebabkan virus denggi yang merebak melalui gigitan nyamuk jenis Aedes.
Pesakit yang mengalami demam denggi akan mempunyai gejala dan tanda seperti demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi, loya, muntah-muntah dan ruam.

Pendarahan yang berlaku dibawah kulit, pada hidung dan gusi jika tidak dirawat boleh membawa kepada maut.
Menurut statistik bertarikh 11 Oktober 2020, terdapat 132 kes harian demam denggi dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan 78,696 sejak dari Disember 2019.
Selangor merupakan negeri tertinggi kes demam denggi (39,506), diikuti Johor (9,637), dan Kuala Lumpur (8,524).

Menurut laman idengue, berikut adalah hotspot kawasan wabak berpanjangan yang melebihi 30 hari, setakat minggu ke 41 tahun 2020:



Orang ramai dinasihatkan untuk bersama-sama mencegah tempat pembiakan nyamuk, menggunakan semburan serangga, melindungi diri daripada gigitan nyamuk seperti tutup tingkap dan pintu, serta memakai pakaian berwarna cerah sewaktu keluar daripada rumah.

Ingat, masih tiada ubat dan rawatan untuk demam denggi.
Sumber: Idengue
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.