
Ada orang yang tak suka langsung minum air kosong kerana rasanya. Macam mana haus pun orang yang tak suka minum air kosong akan cari air manis yang sejuk untuk hilangkan dahaganya. Kenapa eh ada orang yang tak suka langsung minum air kosong sedangkan itulah air yang sihat dan bagus untuk badan?
1. Ketagihan gula
Orang yang ketagihan gula ni akan tetap cari makanan dan minuman yang manis walau macam mana pun. Deria rasa orang yang dah biasa minum air manis akan bereaksi positif terhadap makanan dan minuman manis. Kalau tak boleh langsung minum air kosong mungkin boleh cuba campur dengan hirisan lemon atau halia, atau campur dengan buah-buahan segar untuk elakkan rasa ianya pelik.

2. Kembung setelah minum air
Mungkin orang yang tak suka minum air kosong ni sebab bila dia minum perutnya akan terasa kembung. Ini disebabkan cara minum yang salah. Masa perut kosong minum segelas atau dua air kosong. Begitu juga kalau lepas makan terus minum air, mesti perut rasa kembung.
3. Rasa air yang pelik dan tak fresh
Hati-hati kalau korang tidak suka air putih karena rasanya yang aneh atau tidak segar. Meskipun air minum memang rasanya berbeza-beza, seharusnya air putih rasanya tidak terlalu tajam atau pahit. Kalau rasa air yang terlalu tajam ia mungkin disebabkan oleh pencemaran, penambahan bahan kimia berlebihan, atau keseimbangan Ph air yang berubah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.