Siapa yang tidak teruja menanti penganjuran acara sukan berprestij, Sukan SEA 2017 di Malaysia. Pelbagai persediaan telah dilakukan bagi memastikan Sukan SEA ke-29 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos dan Sukan Para ASEAN ke-9 dari 17 hingga 23 September 2017 ini berjalan lancar.
Rakyat Malaysia tentunya tidak sabar mendengar lagu Negaraku berkumandang sambil disaksikan jutaan penduduk Asia lebih-lebih lagi jika kontinjen Malaysia memenangis 38 jenis sukan daripada 404 acara yang dipertandingkan. Ayuh! Bangkit bersama. Tambah keterujaan anda dengan 5 fakta ini.

Kredit: kualalumpur2017.com.my
#1 Spesies Harimau Malaya diangkat sebagai maskot acara ini dan diberi nama RIMAU, singkatan kepada Respect (Hormat), Integrity (Berwibawa), Move (Tangkas), Attitude (Pesimis) dan Unity (Bersatu).

Kredit: kualalumpur2017.com.my
#2 Wau Bulan dipilih sebagai logo, "Wau Factor" pula merujuk kepada 13,000 sukarelawan terpilih dengan 9,000 terbabit dalam Sukan SEA manakala 4,000 dalam Sukan Para ASEAN 2017.

Kredit: kualalumpur2017.com.my
#3 Sebuah filem iklan rasmi KL2017 berjudul “It Takes A Nation To Raise A Champion” atau “Bersama, Kita Lahirkan Juara” arahan Quek Shio Chuan turut dihasilkan. Filem iklan ini boleh ditonton di Saluran Rasmi Kuala Lumpur 2017 (Kuala Lumpur 2017 Official Channel) di YouTube dan aplikasi rasmi “KL2017” di telefon pintar yang boleh didapati melalui iOS dan Android.
#4 Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN pertama pada tahun 2001, Malaysia sekali ini menjadi tuan rumah Sukan Para Asean ke-9 tahun ini, yang pertama selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015.
#5 Daripada 4,888 atlet menyertai Sukan SEA tahun ini, 874 adalah kontinjen Malaysia!

Kredit: Shutterstock
Apa tunggu lagi! Libatkan diri dan mainkan peranan anda sebagai tanda sokongan kepada atlet Negara. Dapatkan juga tiket ke acara pembukaan dan penutup yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kredit: kualalumpur2017.com.my
Tiket-tiket berharga RM10 dan RM20 dan barangan rasmi KL2017 boleh didapati di www.kualalumpur2017.com.my. Muat turun aplikasi telefon KL2017 dan langgani saluran YouTube KL2017 sekarang! #kitasamahero #ayuhmalaysiaku #BangkitBersama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.