Seorang wanita terkejut selepas mendapati seorang bayi perempuan lahir ketika beliau sedang sakit perut.

Stacey Porter, 20, telah selamat melahirkan bayi Sophia Grace Johnson tanpa sebarang kesakitan, malah ketika tidak menyedari bahawa dia sebenarnya sedang mengandung.
Beliau yang berasal dari Falkirk, Scotland itu pada mulanya berasa sakit perut dan ketika itu pasangannya, David sedang nyenyak tidur.
“Saya masih blur, tetapi tersedar selepas mendengar ada orang menjerit,”, kata David.
“Ia berlaku sangat cepat, seminit saya ditandas kerana sakit perut, dan selepas itu saya melahirkan bayi.
“Saya tidak tahu mengandung sehinggalah beranak”, kata Stacey yang menceritakan bahawa kehidupannya normal sebelum ini dan ada mengambil pil pencegah kehamilan.
Bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan sihat.

Sumber: Mirror UK

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.