Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Saintis Dakwa Koronavirus Dah Wujud Di Eropah Sejak September Tahun Lalu

Sehingga kini, saintis masih mengkaji berkenaan virus ini
Editor
20 Nov 2020, 09:20 AM

Para saintis mendakwa koronavirus sudah pun berada di Itali sejak dari awal September 2019, menurut satu dalam kajian.

saintis dakwa koronavirus dah wujud di eropah sejak september tahun lalu

Pesakit dalam percubaan klinikal kanser didapati telah membentuk antibodi kepada virus berkenaan, beberapa bulan sebelum kes pertama direkodkan di China, dan lima bulan sebelum Itali mencatatkan pesakit COVID-19 rasmi pertama pada 21 Februari 2020.

Pakar juga mengatakan bahawa mereka telah menemui bukti bahawa virus itu wujud lebih awal daripada yang diketahui oleh World Health Organization (WHO).

Sampel daripada empat pesakit, bermula pada awal Oktober 2019, didapati mengandungi antibodi, menurut penemuan yang diterbitkan oleh National Cancer Institute (NCI) Milan.

Ini bermaksud bahawa mereka akan sebenarnya telah pun dijangkiti wabak koronavirus seawal pada bulan September tahun lalu.

saintis dakwa koronavirus dah wujud di eropah sejak september tahun lalu

Kajian itu mendapati bahawa 11.6% sampel darah dari 959 sukarelawan yang sihat, yang berdaftar dalam percubaan pemeriksaan kanser paru-paru antara September 2019 dan Mac 2020, telah mempunyai antibodi sebelum Februari tahun ini, iaitu pada bulan kes pertama direkodkan secara rasmi di Itali.

Giovanni Apolone, pengarang bersama dalam kajian berkenaan berkata: "Ini adalah penemuan utama: orang yang tidak mempunyai gejala tidak hanya positif selepas ujian serologi, tetapi juga mempunyai antibodi yang dapat membunuh virus.

"Ini bermaksud bahawa koronavirus baru dapat tersebar di kalangan manusia sejak sekian lama dengan kadar kematian yang rendah.”

Sebelum ini, penyelidik Itali mengatakan bahawa mereka melaporkan jumlah kes pneumonia dan selesema yang lebih tinggi daripada biasa di Lombardy, di mana kes rasmi pertama di negara ini direkodkan, pada suku terakhir 2019.

Itu adalah satu lagi petanda yang mungkin wabak COVID-19 sebenarnya sudah wujud lebih awal daripada yang disangkakan selama ini.

Jumlah jangkitan bagi wabak COVID-19 dilihat kembali meningkat di Itali, dengan kementerian kesihatan negara itu melaporkan pada hari Ahad bahawa terdapat 33,979 jangkitan baru dalam masa 24 jam terakhir.

Sumber: Daily Star UK

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us