
Kerajaan akan menggerakkan pelan evakuasi bagi membawa semua pelajar, pekerja dan rakyat Malaysia di Bangladesh untuk pulang ke Malaysia.
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, kementeriannya bekerjasama dengan AirAsia bagi membawa pulang sekurang-kurangnya 192 rakyat Malaysia ke tanah air.
“Pesawat khas ‘wide body’ dengan kapasiti 350 penumpang akan diterbangkan ke sana dan dijadualkan tiba di lapangan terbang di Dhaka pada jam 10 pagi.
“Mula-mula kami mahu sewa kapal terbang dengan kapasiti 250 penumpang tapi selepas itu ambil kira juga rakyat Malaysia yang tidak berada dalam radar kita, yang mahu ikut sama pulang,” beliau berkata demikian pada sidang media khas di Wisma Putra.
Tambah beliau, buat masa ini, kedutaan sedang membawa pelajar dan rakyat terjejas ke bangunan kedutaan sebelum semuanya dibawa pulang ke tanah air pada esok pagi.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.