
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 23 julai 2024 bersamaan dengan Selasa depan.
Dalam kenyataan hari ini, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai 11.30 pagi pada hari tersebut.
"Selain itu, keputusan STPM ini juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2023 dengan menaip STPM/No.Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888 dari 11 pagi bermula 23 Julai 2024 ini sehingga 30 Julai 2024.
Terdahulu, seramai 41,548 calon telah menduduki peperiksaan itu di 657 pusat peperiksaan di seluruh negara yang melibatkan 16,387 petugas sepanjang peperiksaan STPM dijalankan.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.