Jika anda sudah biasa dengan resipi cornflakes madu, mungkin anda sudah boleh beralih kepada resipi lain iaitu cornflakes telur masin.
Rasanya yag sedap dengan rasa telur masin, manis-manis pedas sikit pasti buatka anda teliur dan susah untuk berhenti mengunyah.
Memetik hantaran dari Majalah PaMa, resipi asal oleh Daten Gweng ini cukuplah mudah dengan hanya beberapa langkah sahaja. Jom try!
Salted Egg Cornflakes
🌶 3 cawan cornflakes
🌶 3 tangkai daun kari
🌶 3 sudu mentega (kalau tak ada marjerin pun okay)
🌶 3 biji cili padi (nak pedas tambah-cili padi yang mokcik guna ni memang pedas yang amat)
🌶 2 biji telur masin -kukus kuning telur 10 minit-hancur2kan -guna yang kuning sahaja tauuuuuuu

Masak mentega,telur masin,daun kari,cili..sampai harum mewangi semerbak sampai meleleh air liur tak tak tak ...(boleh tambah gula 1 sudu bagi yang suka manis...mokcik tak tambah sebab mokcik dah manis) tutup api..lepas tu gaulkan dengan conflakes...

Tadaaa...dah siap..Tunggu sejuk..masukkan dalam bekas..makan malam ni sambil tengok movie..
Kruk krak kruk krak ....
Nak lagi garing..
Masukkan dalam airfryer/oven 180c selama 6 minit.

Terliur kannn?? Kruk krak kruk krak
Resipi mudah oleh Daten Gweng ini telah mendapat lebih dari 2.5 ribu share di Facebook. Selamat mencuba!
Sumber: Majalah PaMa / Daten Gweng
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.