Kata orang dari mata turun ke hati, sedikit usaha yang dilakukan untuk memenangi hati sudah memadai untuk bikin si dia cair. Daripada tak nak, timbul suka dan terus makan tak ingat.
Amboi Jaa, diam-diam ubi berisi. Siapa sangka Jaa guna teknik 'air tangan pengikat kasih' untuk memikat hati si dia. Bukan 1 tapi Jaa kongsi 3 resipi kasih sayang. Ha, siapa kata lelaki tak boleh masak? Korang yang tengah mengintai-intai pasangan hidup tu, bolehlah cuba teknik ini, ya!
Sago Hatiku Untukmu

Bahan agar-agar:
- 10g agar-agar tali
- 900ml HOMESOY Honey Melon
- ¼ sudu kecil garam halus
- 1 paket sago
Bahan air gula:
- 1 ½ cawan air
- 1 biji gula melaka bersaiz sederhana, dipotong
- 1 sudu besar gula pasir
- 1 helai daun pandan
Cara membuatnya:
- Masak agar-agar dan sago bersama HOMESOY Honey Melon dan garam sehingga agar-agar larut. Tutup api, tuang campuran tadi ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk disejukkan.
- Untuk menyediakan air gula, didihkan air. Masukkan daun pandan, gula melaka dan gula pasir dan biarkan gula larut. Setelah menggelegak dan gula telah larut, tutup api dan biarkan air gula sejuk.
- Menu kasih sayang anda sedia dihidangkan.
Smoothie Kau Pasti Cair

Bahan-bahannya:
- 4 ½ cawan tembikai susu (dicincang)
- 1 ¾ cawan HOMESOY Honey Melon
- 2 cawan ketulan ais
- Beberapa hirisan tembikai susu (hiasan)
Cara membuatnya:
- Masukkan kesemua bahan kecuali hirisan tembikai susu ke dalam blender dan kisar sehingga hancur.
- Masukkan ke dalam gelas dan hias dengan hirisan kasar tembikai susu. Hidang segera untuk rasa enak yang membuatkan si dia cair.
Pudingku Jatuh Cinta

Bahan puding:
- 2 cawan heavy whipping cream
- 1 paket gelatin
- 1 cawan tairu
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 cawan HOMESOY Honey Melon
Bahan topping:
- 2 cawan tembikai susu (dicincang)
- 3 sudu besar gula halus
Cara membuatnya:
- Untuk membuat puding, masukkan heavy whipping cream, tairu dan HOMESOY Honey Melon ke dalam periuk, kacau sehingga mendidih. Tutup api dan kemudian masukkan esen vanila dan gelatin. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam bekas dan biarkan seketika di dalam peti sejuk.
- Untuk membuat topping pula, masukkan tembikai susu dan gula di dalam periuk. Kacau sehingga hancur dan letakkan di atas puding.
Senangkan menu yang disediakan Jaa ni. Tapi rasa dia memang sedap! Hidangan ni menjadi semakin mudah dengan adanya HOMESOY Honey Melon.

HOMESOY Honey Melon, varian terbaharu HOMESOY yang memberikan anda kombinasi rasa susu soya HOMESOY dan tembikai susu yang menyegarkan. Maklumat lanjut, layari http://www.acecanning.com/web.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.