
Jika sebelum ini, bazar ramadan telah menghidangkan pelbagai resipi makanan dan minuman, nampaknya Ramadan kali ini kita terpaksa lakukan semuanya sendiri. Salah satu minuman yang paling dicari-cari adalah ais pudina lemon:

Air lemon pudina ini bukan sahaja sedap, segar malah ia juga dikatakan amat sesuai untuk detoks tubuh badan.
Bahan-bahan (sukatan untuk satu balang air):
– Daun pudina
– Lemon 4 biji
– Sunquick 100g
– Serbuk asam knor 100g
– Air gula 1 liter

Cara membuat:
1. Kisar tiga biji lemon bersama 2 liter air. Ambil air saja, hampasnya dimasukkan ke dalam bekas air. Kemudian, masukkan 1 liter gula.
2. Masukkan sekali 1 liter air panas bersama Sunquick dan serbuk asam. Kacau air hingga sebati.
3. Selepas itu, masukkan ais, air lemon yang diperah tadi, 1 biji hirisan lemon dan daun pudina. Kacau semua bahan tersebut dan siap!

Resipi ini adalah sukatan sebalang air kerana ia dikongsi oleh seorang peniaga air di bazar Ramadan, Nur Hanisah Kamaluddin. Kalau korang nak buat minum sendiri, agak-agak je sukatan tu okay?
Sumber: Remaja!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.